Senarai Watak Beyond the Boundary

Watak Utama

Akihito Kanbara (神原 秋人, Kanbara Akihito)Disuarakan oleh: Kenn, Mei Tanaka (muda) (Bahasa Jepun), Clint Bickham[1][2] (Bahasa Inggeris)Akihito merupakan seorang pelajar sekolah menengah tingkatan lima yang berambut pendek dan berwarna keemasan yang merupakan seorang youmu separa yang hidup abadi, anak seekor youmu dan seorang manusia. Dia mempunyai kekuatan untuk memulihkan sebarang lukanya dengan cepat walhal masih mengalami kesakitannya. Disebabkan hal inilah Mirai menggunakannya sebagai latihan untuk membantunya mengharungi ketakutan untuk membunuh youmu. Dia merupakan ahli kelab literasi. Dia mempunyai daya tarikan terhadap gadis berkaca mata dan menunjukkan pujian yang spontan terhadap Mirai serta sering diusik oleh Mitsuki. Jika badan manusia Akihito mendapati dirinya dalam keadaan yang sangat lemah, youmu separanya yang tidak aktif akan muncul, menukarkan badannya menjadi sebuah wajah yang liar dan mengerikan dan seterusnya akan mengamuk. Youmu separa Akihito sangat kuat, membolehkannya untuk mengatasi sangkar ghaib dan halangan yang cuba mengandunginya selain mempunyai kuasa musnah yang mencukupi untuk memusnahkan apa sahaja landskap yang mengelilinginya. Berikutan transformasi youmu, Akihito terjunam dalam keadaan kemurungan kerana hampir membunuh Hiroomi dalam amukan masa dahulu. Youmu separa Akihito memiliki kuasa musnah yang terbesar dalam kalangan semua youmu dan selalu dirujuk kepada "Beyond the Boundary" (Di Sebalik Batas).Mirai Kuriyama (栗山 未来, Kuriyama Mirai)Disuarakan oleh: Risa Taneda (Bahasa Jepun), Krystal LaPorte[3][1] (Bahasa Inggeris)Mirai merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi tahun pertama berambut pendek dan berwarna merah jambu keemasan yang bergaya bob serta memakai cermin mata yang bertepian merah, menyebabkan Akihito memanggilnya seorang 'gadis cantik yang bercermin mata' sehingga membuatnya berasa kecewa. Dia memiliki kebolehan untuk mengawal darah, yang sangat unik walaupun dalam skop Dunia Arwah. Penggunaan kebolehannya yang terlalu lebih menyebabkannya mengalami anemia yang teruk dan pada masa yang sama menyebabkannya berasa diasingkan dan kelihatan cuba membunuh diri dengan melompat dari atas bumbung sekolah menengah tinggi sehingga diselamatkan oleh Akihito. Dia dipanggil untuk membunuh Akihito tetapi telah jatuh cinta dengannya. Dia selalu diejek kerana seringkali memaparkan kemalangan hidupnya dalam blog dan akaun Twitternya. Dia selalu mengungkapkan perkataan "Menyusahkan" (「不愉快です」, "Fuyukai desu") untuk menyifatkan kebanyakan keadaan, terutamanya kenyataan Akihito.Mitsuki Nase (名瀬 美月, Nase Mitsuki)Disuarakan oleh: Minori Chihara (Bahasa Jepun), Monica Rial[4][1] (Bahasa Inggeris)Hiroomi Nase (名瀬 博臣, Nase Hiroomi)Disuarakan oleh: Tatsuhisa Suzuki, Ayane Sakura (muda) (Bahasa Jepun), Adam Gibbs[5][1] (Bahasa Inggeris)

Pahlawan Dunia Arwah

Shizuku Ninomiya (二ノ宮 雫, Ninomiya Shizuku)Disuarakan oleh: Akeno Watanabe (Bahasa Jepun), Amelia Fischer[1] (Bahasa Inggeris)Yayoi Kanbara (神原 弥生, Kanbara Yayoi)Disuarakan oleh: Hiromi Konno (Bahasa Jepun), Luci Christian[1] (Bahasa Inggeris)Izumi Nase (名瀬 泉, Nase Izumi)Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi (Bahasa Jepun), Carli Mosier[1] (Bahasa Inggeris)Maya Minegishi (峰岸 舞耶, Minegishi Maya)Yu Mashiro (真城 優斗, Mashiro Yu)

Bahagian Pemerhatian

Miroku Fujima (藤真 弥勒, Fujima Miroku)Disuarakan oleh: Masaya Matsukaze (Bahasa Jepun), Houston Hayes[1] (Bahasa Inggeris)Ukyo Kusunoki (楠木 右京, Kusunoki Ukyo)Kikyō Nagamizu (永水 桔梗, Nagamizu Kikyō)

Watak Lain

Ayaka Shindō (新堂 彩華, Shindō Ayaka)Disuarakan oleh: Naomi Shindō (Bahasa Jepun), Molly Searcy[1] (Bahasa Inggeris)Ai Shindō (新堂 愛, Shindō Ai)Disuarakan oleh: Yuri Yamaoka (Bahasa Jepun), Brittney Karbowski[1] (Bahasa Inggeris)Yui Inami (伊波 唯, Inami Yui)Disuarakan oleh: Sayuri Yahagi (Bahasa Jepun), Sara Ornelas[1] (Bahasa Inggeris)Sakura Inami (伊波 桜, Inami Sakura)Disuarakan oleh: Moe Toyota (Bahasa Jepun), Caitlynn French[1] (Bahasa Inggeris)Iori Ichinomiya (一ノ宮 庵, Ichinomiya Iori)Kana Shinozaki (篠崎 夏菜, Shinozaki Kana)